Sunday, August 29, 2010

Majlis Berbuka Puasa JKKK(P) Kota Sarang Semut








Majlis telah berlangsung pada 23 Ogos 2010 jam 6.30 petang. Bermula dengan tazkirah oleh Tuan Qadi daerah Baling, Sheikh Ahmad Shukri bin Mohamad. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg Dato' Latt Shariman Abdullah, Ybhg Dato' Abdullah Hasnan Kamarudin, Ayahanda Ustaz Yusuf Arshad, Imam Teluk Bulang, Ketua Balai Polis Kota Sarang Semut, Sjn Nordin Ahmad dan hampir 200 masyarakat Islam setempat tanpa mengira fahaman politik kepartian.

Saturday, August 28, 2010

Majlis Ramah Mesra Pimpinan Masayarakat Cina Kota Sarang Semut Bersama Dato Latt Shariman Abdullah





Majlis telah diadakan pada 7 Ogos 2010 jam 9 malam di rumah Cikgu Abd Latiff bertujuan agar pimpinan masyarakat Cina Kota Sarang Semut dapat mengenali Dato' Latt Shariman dengan lebih dekat lagi.

Beri hukuman setimpal kesalahan

Berita Harian 2010/08/28
SEMUA pihak berpuas hati apabila kes simbah cat dan baling botol arak
di Surau Taman Pulai Impian di Seremban diselesaikan secara harmoni apabila keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes itu memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.
Apabila kes ini timbul, pemimpin politik Cina tanpa mengira parti bersatu hati mengaturkan sesi permohonan maaf dan penyesalan bagi membela remaja Cina terbabit. Ia sesuatu yang berbeza jika sesuatu kes itu membabitkan kaum Melayu, pemimpin parti politik Cina turut bersatu hati mendesak agar tindakan tegas dikenakan walaupun kes masih dalam siasatan. Begitulah nasib yang menimpa dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, yang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Mahkamah menjatuhkan hukuman berat iaitu penjara terhadap pesalah kerana pesalah sanggup mencemarkan kesucian agama, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara yang dihuni pelbagai kaum.
Persoalan sekarang, apakah perbuatan khianat yang dilakukan oleh remaja itu tidak mencemarkan kesucian agama dan menggugat keharmornian dan keamanan negara!

NORHISYAM MOHAMAD,
Pemuda UMNO Kuala Kedah.

Friday, August 20, 2010

Anwar Terkencing..! Buku Baru Iringi Anwar Ke Penjara Sungai Buloh...

Sudah terbit..!

Sebuah buku yang membogelkan Anwar Ibrahim hasil air tangan Syed Hussein Al Attas atau lebih dikenali sebagai Pak Habib sudah berada di pasaran….

Buku yang diberi judul “ TUHAN, POLITIK & SEKS “ diramalkan akan memanaskan suhu badan Anwar yang bakal menghampiri sel penjara Sungai Buloh tak lama lagi!

http://medan-info-kita.blogspot.com/

Isu Ekuiti Bumiputera - Soi Lek Menentang Perlembagaan, Kata Rais

JELEBU, 20 Ogos (Bernama) -- Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.

"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini malam tadi.

Rais berkata bahawa semasa Chua menyuarakan hal itu, beliau mungkin menyesuaikan dengan sentimen politik partinya tetapi orang Melayu khasnya, sebagai pejuang menegakkan perlembagaan, tidak boleh menerima itu.

"Jika itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka pertama, kita mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan kedua, kita mencabul kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan- kepentingan tersebut.

"Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956, 1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan," katanya.

Rais berharap pada masa depan pemimpin parti politik tidak hanya menyatakan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, tetapi memberi pengiktirafan kepada perkara yang sudah menjadi pokok kepada negara ini.

Katanya hal ini harus diterima dan tidak boleh lagi dipinda mengikut sentimen politik sekarang.

"Misalnya, jika Umno sendiri pun nak pinda Perkara 153, tidak boleh. Ia mempunyai lapisan kuasa-kuasa tertentu, apatah lagi kalau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek nak memindanya atau pun nak menidakkan bahagian yang hak kepada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak," katanya.

Rais berkata bahawa dalam Perkara 153 juga, hak kaum juga juga disebut, dan dalam soal ini, Chua boleh berjuang dan meminta ehsan kerajaan untuk membantu, tetapi tidak boleh menidakkan hak yang ada pada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak.

"Jika Chua hendak menuntut yang lain, ini terserah kepada tenaga sekutu politik yang ada dan saya percaya orang Melayu mempunyai fahaman dan juga pendirian yang tegas, dan jika dikira kekayaan dan perolehan bukan Melayu seperti rakan-rakan Tionghua kita, mereka sudah mendapati agihan yang lebih daripada 47 peratus.

"Jadi hal ini harus ditimbang dalam kontek sebenar dan kita berjuang sebagai satu sekutu dan sebagai seorang juara," katanya.

Ditanya kenyataan Chua bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina, Rais berkata perbuatan Chua sekali gus menonjolkan beliau tidak lagi menghormati gagasan Barisan Nasional (BN) di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan membelakangkan realiti ini.

"Ekoran itu orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit...samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik.

"Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan orang seperti Chua akan terus menggugat perjuangan asas," katanya. ......................................................................................................................................-- BERNAMA


Penghuni Gua : Lagi ingatan untuk Chua dan MCA serta mereka yang berhajat untuk menganggu gugat hak istimewa orang melayu dan bumiputra Sabah serta Serawak.


2. Kepada pihak berkuasa dan polis, ISA aje ubat segala perkara di Malaysia ini. Lama dah tak gunakan. Jadi mereka mula lupa dan lupa diri..............


3. ISA kan aje semua mereka ini. Dengan itu kepala mereka akan mengecil sikit !!!!!!


http://arifomar.blogspot.com/

Tuesday, August 3, 2010

KISAH KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.

Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.


Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.



Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan.
Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.

Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam.


Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.


Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.


Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahwan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah.


Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal. Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain.


Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.


Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan.


Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat.


Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.

Low Taek Jho


Nama sebenar: Low Taek Jho

Umur: 28

Asal: Pulau Pinang

Tinggi: 1.7 m

Berat: 88kg

Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan sedikit Arab

Pendidikan:

> Sek Rendah Union, Pulau Pinang> Chung Ling High School, Pulau Pinang> Harrow (A-Level)> Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005)

Kerjaya:

> Pada usia 20 tahun memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan nilai pelaburan berjumlah AS$25 juta hasil pelaburan ahli keluarga, rakan-rakan dari negara-negara Arab serta Asia Tenggara. Syarikat pelaburan itu kini bernilai melebihi AS$1 bilion.

> Dilantik sebagai penasihat dan pengarah bukan eksekutif UBG Bhd pada tahun 2008.

> Penasihat kepada beberapa buah syarikat korporat antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.

Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).

Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE..

Petikan dari MStar.

Kerusi Majoriti Melayu Mesti Diwakili UMNO

Ini harami puak pembangkang yang jelas pembangkang...tapi macam mana pulak status MCA yang jelas senada dan seiring dengan DAP dalam isu kalimah Allah. baca sini

rasanya MCA tak perlu lagi bersandiwara dan bermain wayang untuk menarik hati dan sokongan orang cina, kalau MCA dah terpaksa mengikut rentak pembangkang untuk menarik sokongan cina lebih elok lah MCA terus duduk dibaris pembangkang....

Jadi senang BN terutama UMNO nak menentukan barisan calon dalam PRU yang akan datang! sebagai contoh kerusi Air Hitam yang sekarang diwakili oleh Wee Ka Siong, dimana kerusi Air Hitam ini adalah kerusi majoriti orang melayu sebagai pengundi, maka tentulah senang untuk UMNO menang kerusi ini jika wakil UMNO/orang melayu menjadi calon.

Ka Siong juga sekarang ini diberitakan sedang menjengok kerusi di kawasan lain apabila kebangkitan penentangan orang orang melayu Air Hitam terhadap beliau yang begitu biadap kepada orang orang melayu kebelakangan ini.

Sudah tiba masanya UMNO dan orang melayu menentukan kerusi mereka sendiri! UMNO tidak perlukan orang lain sebagai calon dikawasan majoriti orang melayu yang boleh ditentukan kemenangan! Itupun kalau UMNO tahu dan faham perasaan orang melayu/UMNO diperingkat cawangan dan bahagian bahagian. Itu pun kalau nak menang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!
Posted by PUTRA MERDEKA

Grand design DAP untuk Penang keluar dari Msia

Grand design untuk memisahkan Pulau Pinang seperti mana berlakunya kepada Singapura sedang dalam proses pembikinan. DAP sanggup untuk melakukan apa saja demi mencapai hasrat agar dapat kembali bersatu bersama PAP.

Sudah ada ura ura untuk memisahkan Pulau Pinang daripada kerajaan pusat semata mata kerana isu perbalahan Ketua Menteri dan SDO Nik Ali. Dalam perbincangan sulit mereka ada yang membincangkan tentang pemisahan negeri dari kerajaan Pusat dan mengkaji dalam bentuk apakah Singapura boleh membantu Pulau Pinang jika mereka berjaya mendapat autonomi.

Usaha mereka kearah itu sudah di rancang sejak begitu lama, mereka tidak berani membuat kenyataan secara terbuka, tindakan dan segala perancangan terlalu banyak yang tersirat hinggakan rakyat gagal melihat perancangan mereka.

Salah satu bukti sepertimana yang disiarkan oleh malaysiakini sememangnya ada sentimen yang disemai kearah perpisahan Pulau Pinang

The recent spat between the Penang chief minister and the State Development officer brought to light an issue that most people think about but dare not suggest: autonomy for Penang.

Tanda tanda kearah itu cukup banyak,yang cukup jelas apabila Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau, apa rasionalnya sebuah Universiti ultra kiasu yang hanya terletak di Selatan Semenanjung mahu dibina cawangannya di Pulau Pinang? Sudah tidak cukupkah kampus Universiti tempatan?

Pecah dan perintah adalah salah satu taktik yang sedang dijalankan seperti mana saranan Menteri Mentor Lim Kwan Yew kepada Guan Eng. Hal ini benar benar berlaku, apabila DAP melakukan rezoning pengundi.

Mana mana kawasan yang punyai pengundi Melayu yang ramai akan dipisahkan, malah pengundi cina akan dimasukkan kekawasan pengundi Melayu bagi mengurangkan peratusan, ini memudahkan mereka dijadikan sebagai pengundi penentu kepada kawasan melayu.

Contoh yang paling hampir adalah di kawasan Batu Maung, majoritinya pengundi kawasan ini adalah orang Melayu, namun sekarang ini perpindahan pengundi Cina amat drastik dan meningkat tinggi. Ini semata mata untuk dijadikan bargaining chip supaya pemimpim Melayu yang bertanding dikawasan itu untuk tunduk dan mengikut arahan mereka.
Guan Eng cukup gemar ke Singapura, setiap bulan 4-6 kali pasti akan terbang ke sana untuk bertemu dan berbincang dengan pemimpin PAP. Nampaknya semua yang dilakukan ada perakra sama yang dibuat Lee Kuan Yewe di Singapura pada tahun2 1960an dahulu.

Adakah anda mahu membiarkan perkara ini berlaku?

Petikan dari Pisau
Posted by The Unspinners

Melayu dan Bumi sekelian ... Baca teori strategi Cina ambilalih kuasa

Kingnek, seorang komentar kerap blog ini terbaca tulisan komentar blog bernama duluPAS yang telah disiarkan dalam ruang komen sini. Tulisan itu disiarkan kembali berikut:


"Aku juga dengar risik2 dalam politik bahawa menjelang atau selepas Parlimen dibubarkan pada PRU13 nanti, akan berlaku tindakan2 berikut (desas desus pakatan underground di antara cina DAP MCA Gerakan):-

MCA/Gerakan bertindak keluar BN selepas penamaan calon dan bersepakat membahagikan kerusi2 kawasan Bandar terutamanya. Manakala kawasan separa dan luar bandar dibiarkan perebutan oleh PKR/DAP supaya tidak dominan dalam PR.

Gabungan Cina ini akan jadi dominan.

Langkah alternatif Gabungan Cina ini ialah selepas PRU13, kebanyakan calon MCA/Gerakan yang menang di kawasan majoriti Melayu akan bertindak keluar parti (dengan consent pimpinan parti sendiri) apabila kedudukan PR melihat ramai calon2 bukan melayu DAP/PKR menang manakala ramai calon2 melayu PAS/PKR kecundang.

Mereka akan kuasai Pakatan Rakyat untuk menjadi tunjang dan menuntut status leadership dalam PR secara direct atau indirect (mengunakan boneka seperti Zaid Ibrahim) tetapi tidak sama sekali PAS yang kehilangan banyak kerusi.

Ini senerio yang cukup mendebarkan BN jika masih mempercayai kesetiaan musoh dalam selimut iaitu MCA dan Gerakan yang lebih bahaya DAP kerana berada di dalam dan duri dalam daging secara tersirat berbanding dengan DAP yang beruniform putih.

Aku dengar Najib semakin sedar bahawa menyerahkan kawasan2 majoriti melayu untuk ditandingi oleh MCA dan Gerakan adalah lebih irrelevant (political sucide). The existing power-sharing culture with strategic partners may not work anymore, and Najib is fully aware of it (kata omputih yang aku dengaq tu).

MCA / Gerakan will need to win the support of the Chinese on their own to stay put in BN, kata sumber itu lagi menurut perkiraan Najib.

Aku harap sumber ini betul. Wallahualam."

Kingnek: Naik bulu roma aku dengar cerita ni. Kalau betul, hancurlah kuasa Islam Melayu. Memang aku jangkakan PAS akan banyak kalah ke tangan UMNO di kawasan majoriti Melayu.

Ini bermakna, bila MCA berpaling tadah dan terang2 menunjukkan mereka selama ini bersama DAP, PAS tidak cukup kuat untuk menghalang kuasa cina walaupun jika mereka akhirnya mahukan perpaduan Islam dengan UMNO.

Ini senario yang amat realistik dan menyeramkan kalau benar!
Sejarah Cina adalah bangsa penindas macam Yahudi. Mereak berpuak untuk kepentingan kaumnya sahaja dan enggan menghormati kebudayaan tempatan. Itulah simbol China Town yang wujud diserata dunia.
Posted by The Unspinners

Monday, August 2, 2010

Khalid Lantik Isteri Muda Sebagai Pegawai Sendiri ?



Nama : Rahimah Bt Kamarudin

K/P : 5x12x0 - 04 - 5x60

Jawatan : Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor

Gaji : RM 5000.00 Elaun : RM 2000.00
Gaji dibayar oleh MBI

Alamat : Shah Alam dan Taman Cahaya Ampang
(alamat penuh saya tidak boleh siarkan)

Sebaik sahaja nama Khalid Ibrahim disebut-sebut sebagai MB Selangor pada malam 8.mac.2008 sudah kedengaran suara-suara yang mengatakan beliau akan mentadbir Selangor sebagaimana dia mentadbir sebuah syarikat.

Telahan itu menjadi kenyataan, satu demi satu yang diperlakukan oleh Khalid yang lagaknya seolah-olah beliau mentadbir sebuah syarikat. Banyak keputusan yang dilakukan oleh Khalid tidak disenangi oleh orang-orang PAS dan PKR.

Antaranya ialah:

Melantik rakan-rakan korporat dia dalam jawatan-jawatan penting di Selangor termasuk dalam GLC milik Kerajaan Selangor.

Meminta PKNS membayar dan menghantar lembu korban ke kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak.

Menggunakan wang kerajaan negeri untuk penyelenggaraan kenderaan peribadinya (lexus).

Itu antaranya, saya difahamkan banyak lagi yang ada.

Ini pula kisah yang baru sampai ke pengetahuan saya.

Difahamkan wanita dalam gambar di bawah ini adalah isteri muda Khalid Ibrahim yang dilantik oleh Khalid untuk bekerja dengannya.


Untuk pengetahuan pembaca semua, jawatan Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor tidak wujud semasa zaman pemerintahan BN dahulu.

Difahamkan jawatan tersebut diwujudkan oleh Khalid semata-mata untuk meletak Rahimah di situ. Dan beliau mengarahkan MBI supaya membayar gaji Rahimah. Inilah tandanya kerajaan pimpinan Khalid Mengkronikan Ekonomi Selangor. Slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor hanya pembohongan semata-mata. Buktinya ada di sini.

Jika benar seperti yang didakwa bahawa Rahimah adalah isteri muda Khalid, maknanya Khalid telah melakukan kesalahan moral yang serius. Ini kerana belum pernah lagi dalam pentadbiran negara atau negeri kita mendengar seseorang pemimpin melantik isteri mudanya bekerja satu pejabatnya dengannya. Jika dalam sesebuah syarikat sendirian berhad ianya perkara biasa.

Berita yang sampai kepada saya juga mengatakan kakitangan-kakitangan di pejabat MB Selangor dan pejabat-pejabat exco amat tidak senang dengan Rahimah. Dia cuba mengawal segalanya dan mereka-mereka semua perlu merujuk kepada Rahimah terlebih dahulu. Pendek kata, Rahimah berkuasa dalam segala hal.

Rakan blogger unspinners juga pernah menulis kisah Rahimah di sini

Anwar Mengarut !! Sengaja Cari Alasan Tangguh Prosiding Liwat !

Kes liwat Anwar sekali lagi ditangguh hari ini (2 Ogos 2010) kerana barisan pembelaan memohon kes digugurkan (sini dan sini). Bagi para blogger dan mereka yang mengikuti kes ini sejak mula, semua sedia memahami penangguhan kes liwat Anwar akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Maklumlah, ia akan dijadikan modal besar oleh Pakatan Haram untuk menyerang BN.
Walau bagaimanapun, penulis merasakan amat lucu kerana alasan yang diberikan untuk penangguhan kali ini ialah disebabkan Saiful dikatakan mempunyai "hubungan romantis" dengan Farah Azlina Latif. Bukan setakat itu, Anwar turut membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Wah, marah sungguh Anwar pada Saiful ya. Sampai disamannya kerana "mempunyai hubungan romantis" dengan Farah. Takkan Anwar iri hati kot? Maklumlah, Saifulkan pernah rapat dengannya sebagai pembantu khas peribadi.

Bagi penulis, kalaulah difitnah Saiful "menjalinkan hubungan romantis" dengan barisan peguam bela Anwar, maka logiklah untuk diminta kes digugurkan. Mungkin ketika itu Anwar boleh mendakwa bukti-bukti pembelaan dibocorkan ketika mereka "menjalinkan hubungan romantis". Tetapi ini di pihak pendakwaan, barisan yang akan mendakwa beliau. Pandai sungguh Anwar memutar belit keadaaan untuk mencari alasan penangguhan.

Apa yang melucukan lagi ialah orang yang mendakwa adanya hubungan romantis berkenaan pula adalah individu yang sedang melarikan diri ke luar negara. Seorang bankrap yang telah sedia maklum seorang penyokong pembangkang yang dibiayai PKR. Kerjanya hanyalah menyebarkan fitnah untuk memburukkan kerajaan melalui Malaysia Today. Bagaimana agaknya ya dia yang jauh di London boleh nampak Saiful dan Farah "menjalinkan hubungan romantis"? Siapa agaknya yang cipta fitnah asal ini sebenarnya ya?

Di sini ternampak kehebatan Raja Petra iaitu membuat dan menyebarkan fitnah, sehinggakan PKR sanggup menangggung hidupnya suami isteri di kota London. Sepatutnya PKR biayai orang-orang miskin di Permatang Pauh terlebih dahulu sebelum biaya Raja Petra di London tu. Kesian orang miskin Permatang Pauh. Sejak dari Anwar dalam UMNO sampai jadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini Ketua Pembangkang, kesusahan hidup mereka tak berubah-ubah.

Penulis membayangkan kes ini akan bertambah kusut apabila nak dibawa Raja Petra ini balik ke Malaysia untuk memberi keterangan atas tulisannya yang mendakwa wujudnya hubungan romantis berkenaan. Sudah pasti pembohong besar itu tidak akan balik kerana sedang gembira dan selesa hidup di London yang ditanggung PKR dan proksi Anwar. Maka dari itu akan berlanjutanlah alasan demi alasan untuk menangguhkan kes ini.

Walau apa pun, marilah kita berdoa agar Saiful, tunangnya dan keluarga akan terus tenang menghadapi fitnah terhadapnya yang terbaru ini. Semoga Allah memudahkan perbicaraan selepas ini untuk melihat yang hak dan yang batil.

Nota kaki:
Penulis memerhatikan, sejak mula kes ini di mahkamah, riak wajah Saiful sentiasa kelihatan tenang tetapi Anwar pula semakin kusut. Mengapa agaknya?

http://www.anwaraidc.com

Kritikan Dr Harun Din Terhadap Anwar Ibrahim!

Oleh Emang Da Galileo, AIDCclub

Dengan meneliti kata-kata Prof. Dr. Harun Din apabila beliau ditanya tentang ceramah Anwar di Wodrow Wilson Centre di Amerika, ada beberapa perkara harus diperhatikan:

1. Beliau Mengatakan tentang cara Anwar itu sebagai permainan politik. Cerita tentang bercakap lain di suatu tempat dan masa yang lain merupakan mainan politik yang selalu dibuat oleh tokoh politik picisan. Tetapi bagi Harun Din, perbuatan ini tidak baik dari segi etika sebagai muslim sejati.

Dalam islam cara sebegini dikeji. Dalam hukum Islam, seseorang itu tidak boleh bertolak ansur jikalau mengaitkan dengan hukum agama. Perkara ini seperti mempermainkan hukum agama. Hukum agama tidak boleh dipalitkan ke dalam politik.
2.Harun Din mengatakan bahawa "Negara Islam" itu pada dasarnya bukan pada nama tetapi pada isinya. Harun Din dalam hal ini mengkritik Anwar secara sinis apabila Anwar menentang substance agama Islam.

3. Menurut beliau, 5 isi kriteria negara iaitu :

1.Sempadan tempat
2.Rakyat
3.Ada kerajaan dan kumpulan (bersetuju-sahifah madinah)
4.Ketua negara,
5.Kedaulatan

Dalam hal ini, beliau mengecam secara sinis Anwar Ibrahim dalam isu kriteria negara. Anwar yang mengiktiraf tertubuhnya negara Israel yang pada dasarnya tidak memiliki sempadan dan kedaulatan secara tidak langsung dikecam secara simbolik oleh Harun Din.

4.Orang islam perlu laksanakan Islam. Siapa yang memperlekehkan, maka itu orang itu termasuk dalam golongan yang rugi.

Ini jelas tentang kritikan pedas kepada Anwar yang mempertikaikan hukuman islam terhadap isu Kartika. Anwar Ibrahim dilihat mengecam beberapa hukuman Islam yang pada pandangan liberalnya tidak sesuai dalam konteks hak asasi manusia..

5.Menurut Harun Din lagi, undang2 manusia itu rendah, selalu saja berubah.Tetapi hukum islam itu terus tetap. Bukan relatif sifatnya tetapi absolut dan mutlak.


Point ini juga mengkritik secara sinis tindakan Anwar yang selalu mementingkan akal manusia dalam menentukan hukum. Anwar mengatakan hukum syariah tidak sesuai kerana membahagi orang miskin dan kaya dalam isu pengadilan. Pada otak dan pendapat Anwar sistem syariah menguntungkan orang kaya dan merugikan orang miskin.


6.Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi daripadanya.

Anwar dengan tindakan falsafahnya yang moderate dan liberal menjadikan hukum sivil itu lebih releven untuk masa sekarang. Ini jelas apabila undang-undang sivil digunakan untuknya jikalau ia berpihak kepadanya, juga menggunakan undang-undang syariah jika berguna kepadanya.


Hal ini seperti mempermainkan undang-undang dan hukum Tuhan. Lihat saja tindakannya yang pergi ke mahkamah syariah yang memerlukan 4 saksi dalam kes liwatnya tetapi mengecam tindakan isu kartika yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Ini jelas!!

8. Menurut Harun Din, orang islam wajib melaksanakan hukum hudud. Beliau mengatakan lagi siapa yang menetang hukum hudud bukan muslim sejati.

Pemikiran Anwar yang berfahaman Islam liberal itu sebenarnya telah menolak hukum hudud. Dia mengatakan bahawa hukum hudud bukanlah agenda utamanya tetapi untuk membentuk masyarakat yang liberal yang menolak hukum hudud.

9. Matlamat hukum islam adalah sebagai pengajaran bukan untuk mendera atau mencederakan.

Sekali lagi Harun Din mengutuk tindakan Anwar secara sinis. Anwar dilihat mengecam hukum Islam dalam kes kartika yang pada pandangan dia adalah sebagai salah satu bentuk kezaliman dalam islam.

Persoalannya kenapa Anwar begitu berani mengkritik hukum Islam?

Jawapan utamanya adalah sebab dia takut kena hukum hudud kerana dia meliwat!!!!!

Point paling besar!!!!!!!

3 Perkara Untuk BN sebelum PRU Ke-13

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengutamakan penyelesaian perkara-perkara berkaitan tiga isu utama — skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian misteri Teoh Beng Hock sebelum mempertimbangkan idea mengadakan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN dalam pertemuan mereka baru-baru ini telah bersetuju agar memberi tumpuan kepada ketiga-tiga isu ini bersama dengan usaha menangani persekitaran ekonomi sebelum BN boleh yakin untuk membubarkan Parlimen.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

“Ketiga-tiga isu ini perlu diselesaikan,” kata seorang pemimpin BN kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu sambil menekankan, tiada pilihan lain bagi mereka untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Meskipun ada cakap-cakap yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan mahu memanggil pilihan raya tergempar bersama pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011, tetapi konsensus kalangan pemimpin BN ialah negeri terbesar itu mengadakan pilihan rayanya terlebih dahulu.

Ada yang meletakkan Oktober ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri sebagai kemungkinan pilihan raya umum negeri Sarawak.

Kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) pula kemungkinan tidak akan mengikut langkah BN sekiranya diadakan pilihan raya tergempar di peringkat persekutuan atas alasan memerlukan masa untuk menunaikan janji-janji pilihan raya mereka.

Ia turut disahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Jumaat lalu.

Economist Intelligence Report edisi Ogos 2010, yang menyentuh soal Malaysia menyebut bahawa ia tidak yakin Najib sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum 2012.

“Walaupun prestasi baik dalam pilihan raya umum ke-13 akan memperkukuhkan mandat beliau, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini mengesyorkan bahawa pengundi kelihatan mudah berubah hati khususnya bukan Melayu, dan tiada jaminan yang pelan pembaharuan kerajaan, yang memihak kepada Bumiputera memenuhi selera kalangan etnik minoriti,” kata laporan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berpandangan bahawa paling cepat kemungkinan Najib akan memanggil pilihan raya adalah 2012.

Abdul Aziz juga menyenaraikan beberapa alasannya dalam mengetengahkan hujah itu.

Pemimpin-pemimpin BN juga berkata, soal kenaikan harga barangan ekoran penyelarasan subsidi dan protes berhubung soal agama, perjudian dan undang-undang pencegahan keselamatan juga kemungkinan akan melewatkan langkah kerajaan pusat memanggil pilihan raya umum.

Bagaimanapun difahamkan Najib telah meminta agar pihak berkuasa menyelesaikan beberapa isu semasa yang dilihat sebagai beban kepada BN.

Antaranya ialah tindakan membawa beberapa lagi individu yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan. Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik muncul sebagai individu berprofil tinggi dihadapkan di mahkamah kerana menipu Kabinet persekutuan dalam soal penilaian tanah pada 2002. Termasuk beliau setakat ini lima orang telah dibawa ke mahkamah.

Pentadbiran Najib juga dikritik kerana mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang, pemilik PKFZ, agar menjelaskan bon-bon yang diambil oleh vendor tanah dan kontraktor utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) meskipun wujudkan litigasi antara kedua-dua pihak berkenaan.

Isu kedua ialah kes liwat Anwar yang disambung semula hari ini dengan peguam-peguam beliau akan meneruskan sesi soal balas ke atas saksi-saksi berkaitan dengan aduan dibuat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah kes itu menjadi perhatian ramai apabila Saiful dikatakan menjalin hubungan romantis dengan salah seorang timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif. Pasukan pendakwa telah menggugurkan Farah Azlina minggu lalu.

Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen, mendakwa kes itu sengaja direka untuk memasukkannya beliau kembali ke penjara selepas PR memperoleh 82 kerusi di Dewan Rakyat dua tahun lalu.

Salah satu lagi isu yang menghantui BN ialah menyelesaikan misteri kematian Teoh, yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009. Pembantu politik DAP itu ditemui mati pada pagi dia sepatutnya mendaftar perkahwinan dengan tunangnya.

Inkues itu mengejutkan ramai apabila pakar dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor memberitahu bahawa kematian dia kemungkinan “80 peratus adalah kerana dibunuh”, bukannya membunuh diri.

Penganalisis-penganalisis politik berpendapat Najib kini memfokus terhadap isu-isu ini yang boleh menjejaskan populariti BN, selain isu-isu sosioekonomi yang muncul selepas beliau menerajui kerajaan pada April 2009.

“Najib juga memfokus terhadap soal ekonomi khususnya untuk menggerakkan Model Baru Ekonomi (MBE),” kata seorang pegawai Najib kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun ada yang berpandangan bahawa Najib tidak dapat mempertahankan syor-syor MBE ekoran protes daripada kumpulan-kumpulan mempertahankan hak Melayu seperti Perkasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berazam untuk membuka ekonomi yang berdaya saing dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bulan lalu pentadbiran Najib memperkenalkan dasar penyelarasan subsidi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat - langkah yang dilihat akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

BN juga perlu berhadapan dengan bantahan berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang di mana lebih 10,000 orang telah ditahan sepanjang lima dekad kewujudannya. Kerajaan berjanji untuk meminda akta itu dan hanya akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.

Malam tadi, polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan seorang di Ipoh yang menyertai kempen nyalaan lilin mendesak agar undang-undang itu dimansuhkan.

Kerajaan BN juga berusaha untuk menyelesaikan isu dan ketegangan yang bersangkutan dengan polemik penggunaan kalimah “Allah” selepas Mahkamah Tinggi akhir tahun lalu membenarkan akhbar gereja Katolik menggunakan perkataan itu dalam penerbitan mereka.

Aku Sokong ISA

TUJUAN ISA DIKEKALKAN


Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut:


1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.


2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik


3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.


4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.


5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.


6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.


7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.


8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.


9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.


10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.


11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.



TENTANGAN TERHADAP ISA


1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan


2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.


3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.


4. Penahanan tanpa bicara selama dua tahun.


5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik.


6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.


Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

http://nasionalis1982.blogspot.com/

Ketua Pemuda PAS hilang telur bila berhadapan dengan Tony Phua

“Kenyataan Tony Pua adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili suara PR, sama seperti kenyataan Karpal Singh sebelum ini berkaitan isu negara Islam.

“Bagi saya, isu ini tidak boleh tergesa-gesa kerana memerlukan kajian mendalam dengan mengambil kira soal hak, keadilan dan kepentingan,”

Nasrudin Hassan Tantawi


Inilah sikap melayu-melayu pembangkang didalam Pakatan. Bila berhadapan dengan bangsanya sendiri iaitu UMNO, bukan main garang lagi mereka bertempik seolah-olah akan terjadinya perang saudara.

Tetapi jika berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh kaum mata sepet didalam gerombolan Pakatan mereka sendiri, kantung telor mereka seolah-olah kosong tak berisi.

Mungkin Pemuda PAS ini mewarisi gaya kepimpinan dari wali terompah mereka Nik Aziz. Ulamak politik ini juga amat kecut apabila berhadapan dengan kaum kafir terutamanya DAP.

Pelbagai penghinaan terhadap Islam dan juga raja-raja melayu dibuat namun jika ia membabitkan parti komunis DAP, wali selipar ini akan segera kehilangan suara dan jalan mengepitkan kaki laksana baru lepas diliwat.

Amalan pengecut ini diteruskan pula oleh Pemuda PAS yang dikepalai oleh Nasrudin Tantawi. Terang-terangan kaum kafir DAP mahu merampas hak keistimewaan bangsa melayu dan menggugat ketenteraman negara, namun Pemuda PAS masih tak jumpa telor mereka untuk bangun melawan.

Apakah melayu-melayu seperti ini yang mahu diharapkan untuk menjaga ketuanan bangsa? Apakah melayu-melayu begini yang mahu dijadikan pemimpin negara?

Sekarang inipun mereka-mereka ini telah menjadi barua kepada kaum cina, jika diserahkan pentadbiran negara kepada mereka, tak sampai setahun pasti akan tergadai seluruh hak dan maruah bangsa !

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Edisi Gempar !!! Khalifah Lim GE dapat title Father Joseph dari Gereja St Anne.

Semalam Khalifah pujaan PAS di P.Pinang iaitu Ostad Lim Guan Eng telah menerima penghormatan dari Gereja St Anne di Bukit Mertajam P.Pinang dengan gelaran Father Joseph kerana menyalurkan sumbangan dana kepada gereja berkenaan.

Selepas ini pasti timbul masalah dikalangan pengikut-pengikut PAS samaada mahu mengekalkan Lim GE sebagai khalifah ataupun ditukar sebagai Father Joseph.

Mungkin selepas ini Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa baru bagi menghalalkan seorang Father Joseph diangkat menjadi khalifah untuk dipuja oleh seluruh pengikut-pengikut mangkuk hayun PAS. Apa nak dikisahkan sangat..., Nik Aziz kan wali tersohor keramat lagi berkat.

Lagipun, didalam PAS apa sahaja boleh berlaku. Tiada perkara yang mustahil dalam PAS dengan syarat mesti sokong PAS. Kaki liwat pun boleh jadi sama taraf dengan nabi kalau sokong PAS. Nik Aziz boleh arrange semua tu sebab dia ada "access" syorga dan neraka.

Ramai yang tidak tahu, sebelum ini ada beberapa masjid yang "dikuasai" oleh PAS di P.Pinang yang khatibnya sering berdoa didalam khutbah Jumaat meminta Allah berikan kekuatan dan juga selamatkan khalifah pujaan mereka ini.

Jika kafir harbi pun sanggup mereka selitkan dalam doa Jumaat mereka, pasti tak jadi masalah untuk pengikut-pengikut PAS doakan kesejahteraan seorang yang bergelar Father Joseph pula didalam setiap khutbah Jumaat mereka selepas ini.

Kesian pengikut-pengikut PAS. Tak habis-habis mereka dibohong dan dipermainkan oleh Lim Guan Eng dan juga kafir di negara ini. Harapkan serban saja besar bakul sayur di market, tapi akal didalam hanya sebesar biji sawi saja !

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Edisi Bongkar !!! Lim Guan Eng "HARAMKAN" 1 Malaysia di P.Pinang !


Pada Mesyuarat Exco Kerajaan negeri P.Pinang pada awal April 2010, Lim Guan Eng telah memutuskan bahawa logo atau slogan 1 Malaysia dilarang penggunaannya didalam semua Majlis Kerajaan Negeri di P.Pinang.

SUK telah diarahkan oleh Lim Guan Eng supaya mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan dan semua Agensi negeri P.Pinang mengenai keputusan ini.

Tindakan Ketua Menteri P.Pinang ini dilihat sebagai satu bantahan serta protes terhadap kerajaan pusat. Dan ia juga seolah-olah menunjukkan Lim Guan Eng tak akan berkerjasama dengan kepimpinan DS Najib.

Tetapi ketika Majlis NCER di Langkawi yang juga dihadiri oleh Perdana Menteri, MB Perak, Kedah dan Perlis, Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap bermuka-muka dan berlakon wayang opera cinanya apabila dia memakai tag 1 Malaysia di kotnya.

Konon-kononnya dia tak mempunyai masalah dengan gagasan 1 Malaysia tetapi sebaliknya dia "mengharamkan" penggunaan gagasan tersebut di P.Pinang. Ini menunjukkan bahawa Ketua Menteri bekas banduan ini amat buruk perilakunya dan dia juga memang kaki pembohong dan kaki putar !

Slogan 1 Malaysia dan juga Gagasan ini diilhamkan sendiri oleh YAB DS Najib. 1 Malaysia juga merupakan Aspirasi Nasional oleh Perdana Menteri bagi memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sebagai satu masyarakat berdaya maju dan juga mempunyai minda kelas pertama.

Slogan 1 Malaysia juga berasaskan prinsip-prinsip keadilan (bukan kesamarataan) bagi menghasilkan sebuah masyarakat yang sayang kepada negara dan bersama-sama berkerjasama memakmurkan Malaysia.

Jadi, tiada sebab untuk Lim Guan Eng mengarahkan larangan penggunaan 1 Malaysia di negeri P.Pinang. Tindakan Lim Guan Eng ini menunjukkan bahawa dia dan kerajaan DAP negeri mahu memboikot dan menolak gagasan 1 Malaysia dari kerajaan Pusat.

Nampaknya Lim Guan Eng dan DAP negeri telah melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga berniat jahat didalam "pengharamannya" terhadap 1 Malaysia di P.Pinang.

Sumber mediapematangpauh

MANGKUK BETUL APEK LIM GUAN ENG NI. LARANG PENGUNAAN 1 MALAYSIA DI NEGERI PULAU PINANG, TAPI YANG JELAS LOGO 1 MALAYSIA DISEMATKAN DI KOTNYA. INILAH YANG DIUBARATKAN LIDAH SERUPA BEWAK

INI BETUL-BETUL ORANG TAK BOLEH PERCAYA…TAK BOLEH PAKAI PUNYA CAKAP.

Datuk bandar London seru berpuasa

LONDON - Seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, Boris Johnson menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam.

Bekas wartawan The Times dan The Daily Telegraph berasal dari New York, Amerika Syarikat itu berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingstone kelmarin.

"Cuba berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46, dan kemudian turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London dalam membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama.

Puasa bina kekuatan diri

at Sunday, August 01, 2010

Oleh HARUSSANI ZAKARIA

Bersempena dengan kehadiran Ramadan al Mubarak yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi, saya mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk memberi sedikit komentar tentang ibadah puasa yang begitu ditunggu-tunggu oleh mereka yang mengaku beriman dengan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 185 yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

Sudah menjadi ketetapan dan kebijaksaan Allah SWT melebihkan sebahagian atas sebahagian yang lain, sepertimana Ia melebihkan sebahagian hari ke atas sebahagian hari yang lain, sebahagian malam ke atas sebahagian malam yang lain, begitu juga sebahagian bulan ke atas sebahagian bulan yang lain. Maka, begitulah bulan Ramadan yang bakal menemui kita beberapa hari lagi, Allah SWT melebihkannya dengan beberapa ciri dan keistimewaan melebihi dari bulan-bulan sebelum dan selepasnya. Allah SWT menganugerahkan di dalam bulan yang mulia ini dengan penurunan al Quran yang menjadi penyuluh dari kegelapan kufur kepada cahaya iman. Dari kehinaan kejahilan kepada kemulian pengetahuan. Dari kerapuhan bermasyarakat kepada kekuatan berjamaah. Begitulah anugerah yang tiada tara dan nilainya anugerah dari Allah SWT yang maha agung untuk para warga bumi agar mereka sentiasa memurnikan ibadah hanya kepadaNya.

Allah SWT dengan keagungannya jua telah menetapkan ke atas manusia yang beriman untuk melaksanakan sepanjang siang hari di bulan yang penuh keberkatan ini dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang boleh membawa kepada terbatalnya puasa. Bukan sekadar itu sahaja, malah umat Islam juga dituntut agar menghindarkan diri daripada melakukan pelbagai perkara yang boleh mencacatkan pahala puasa seperti mengumpat, mencaci, memandang perkara mungkar dan lain-lain lagi yang disebut sebagai perkara keji dan mungkar.

Sejarah mencatatkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini juga, berlaku peristiwa pembukaan kota Mekah yang mana pembukaan ini merakam suatu lembaran baru dalam sejarah Islam. Bermula dari lembaran ini, maka tersebar siarnya laungan kalimah Allah ke seperempat semenanjung Arab yang akhirnya membawa Islam berkembang dengan pesat ke serata alam timur dan barat. Natijah dari itu, umat Islam dihormati dan dipandang mulia dengan ketinggian akhlak dan kesopanannya. Pemerintah Islam dan keadilan pemerintahannya menyerlahkan lagi ketinggian martabat Islam ia berjaya menarik minat warga kuffar kepada agama Islam itu sendiri.

Jelas di atas bagaimana Ramadan, merupakan bulan gemilang bagi umat Islam dalam memaksimumkan kualiti dan kuantiti ibadat, malah memperkukuhkan semangat perjuangan dan pengorbanan. Kesemuanya itu terhasil bila manusia dengan kekuatan iman yang ada berjaya mengoptimumkan kekuatan diri dan akhlak dalam menewaskan musuh nafsu dan syahwat yang sentiasa mengikuti mereka.

Engkar

Apa yang dapat kita lihat dan dapati hari ini, bulan Ramadan datang dan pergi setiap tahun. Ramadan tidak pernah engkar untuk datang menemui umat Islam dan kita juga dalam keadaan reda menyambut kedatangan Ramadan biarpun dalam keadaan bersedia atau sebaliknya. Namun apa yang kita lihat hari ini, umat Islam masih berhadapan situasi sukar dengan rantaian permasalahan yang tidak kunjung padam. Isu sosial seperti zina, pembuangan bayi, jenayah,ekonomi dan begitu juga perpaduan ummah masih kabur untuk mencari jalan penyelesaiannya. Inilah yang telah disabdakan oleh baginda nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian dari puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan bahagian dari ibadahnya melainkan rasa mengantuk saja." Hadis no 8501 ini Riwayat Imam Ahmad menjelaskan bahawa sekiranya kerendahan kualiti ibadat yang sedemikian menempel pada diri umat Islam, nescaya amat sukar untuk mereka menyelesaikan persoalan-persoalan besar dalam kehidupan mereka.

Rupa-rupanya nilaian puasa yang hanya sekadar berlapar dahaga, solat sekadar berdiri menghadapkan diri ke kiblat semata-mata bagi melepaskan diri dari taklif sahaja, sudah pasti tidak ada kesan yang mendalam pada jiwa dan rohani, belum tentu ibadat itu hidup dan kembali menyuburkan roh pelakunya. umpamanya, seorang pelajar yang cuma belajar bagi memperoleh markah lulus 'cukup makan' semata-mata bagi melayakkannya mendapat segulung sijil. Maka, kesannya adalah pelajar tersebut tidak mampu untuk memahami apa yang telah diajar kepadanya dengan baik dan seterusnya gagal untuk mempraktikkan ilmu tersebut di luar sekolah dengan berkesan, apatah lagi mahu mengajarkannya.. Ini kerana ilmu yang difahami dan dihayati sepenuhnya di sekolah mempunyai roh yang tinggi yang terkesan buat jiwa dan pemikiran. Begitulah puasa yang dilakukan tanpa penghayatan dan kerendahan hati memohon keredaan Allah SWT, nescaya tiada nilai di sisi Allah SWT apatah lagi untuk mengharap pengampunan dariNya. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".

(Imam Bukhari - hadis no:37)

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniah puasa itu antaranya :

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pandangan daripada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh Islam dan segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riak.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, kerana setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan.

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa.

5) Jangan membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

6) Hendaklah hati merasa bimbang dan takut, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah SWT , sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah SWT.

Atas adunan enam perkara yang telah disebutkan, bahawa puasa itu puasa mata, telinga, lidah, pemikiran dan hati. Puasa bukan saja dari perkara haram malah dari apa yang makruh dan berlebih-lebihan. Puasa yang semata-mata kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT, bukan kerana 'diet' mahupun ikutan atau budaya, puasa inilah yang akan memberikan ganjaran cemerlang untuk kita semua.

Puasa menyatukan umat ini.

Kedatangan bulan Ramadan sepatutnya menyerlahkan perpaduan di kalangan umat Islam. Di pelosok bumi mana pun kita berada, pastinya kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan melaksanakan ibadah yang sama dengan saudara seagama kita di bumi yang lain. Tidak kira apa jua bangsa, warna kulit dan keturunan. Kita bersama-sama berpadu merasai kelaparan bukan kerana menuruti arahan saudara mara mahupun proksi kita, tetapi kita menuruti arahan yang datangnya dari Allah SWT yang Maha Agung. Begitulah hal-hal lain dalam kehidupan kita bermasyarakat, apakah kita masih gagal berpadu dan bersatu atas tali Allah, sedangkan Allah SWT yang esa itulah juga yang menyuruh kita bertindak sedemikian.

Puasa Ramadan juga mengingatkan kita akan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh saudara seagama kita di tempat yang lain. Dugaan yang ditempoh sepanjang Ramadan menimbulkan simpati, kasihan belas, kasih sayang, semangat persaudaraan terhadap umat Islam lain. Dengan kedatangan Ramadan, tidakkah terlintas di dalam hati kita akan mihnah perjuangan rakyat Palestin? Pergolakan yang berlaku di Iraq dan kesusahan umat Islam yang lain. Maka, perasaan sedemikian wajar disematkan dalam diri umat Islam biarpun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan ideologi.

Maka oleh kerana itu saya menyeru dan memperingatkan diri saya dan kita semua untuk menilai kualiti ibadah puasa kita apakah ia sudah mencapai markah cemerlang atau sekadar 'cukup makan'. Puasa yang sepatutnya menjadikan diri kita ini bertaqwa, jika ternyata belum berlaku kita sepatutunya memuhasabahkan diri kita selagi kita punya peluang bertemu dengan Ramadan ini. Akhir kata saya ucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, semoga Allah SWT akan menerima segala ibadat kita nanti, amin ya Rabbal alamin.

- MINGGUAN MALAYSIA

Minoriti dalam majoriti

at Sunday, August 01, 2010

Oleh DR MOHD RIDHUAN TEE

Umat Islam tanpa mengira bangsa di Malaysia berjumlah lebih kurang 60 peratus. Manakala selebihnya 40 peratus adalah orang bukan Islam yang menganuti pelbagai agama dan ajaran seperti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Toaism, Konfucianisme dan sebagainya. Secara nisbahnya adalah 1:6 atau lebih.

Sama juga parti Melayu, UMNO adalah satu-satunya, berhadapan dengan 12 parti komponen bukan Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan nisbah 1:12 atau lebih.

Sementelahan parti yang dikatakan 'memperjuangkan Islam' juga hanya ada satu iaitu PAS, berhadapan dengan sekutu sekularnya parti ultra kiasu dan PKR dengan nisbah 1:2 atau lebih. Begitu juga dengan persatuan-persatuan (NGO) berasaskan kaum yang lain. NGO Cina (huatuan) sahaja mempunyai hampir 9,000 buah. Ini belum termasuk NGO bangsa lain.

Pendek kata, dalam kedudukan apa sekalipun agama Islam, parti Melayu dan parti Islam, tetap menjadi minoriti dalam majoriti, apabila mereka berada dalam gabungan atau pakatan, kerana mereka hanya ada satu. Jika undian dijalankan dalam barisan atau pakatan, sudah tentu kumpulan ini tidak akan mendapat majoriti. Bukan kerana umat Islam tidak boleh menubuhkan pertubuhan, tetapi disebabkan oleh konsep 'kesatuan' yang menyebabkan kemunculan tidak sebanyak yang lain.

Begitu jugalah penubuhan persatuan agama-agama bukan Islam di sekolah-sekolah yang hangat diperkatakan baru-baru ini terutama dalam media cetak dan elektronik ultra kiasu seperti Malaysia Insider dan sekutunya. Mereka begitu beriya-iya benar menuntut persatuan-persatuan bukan Islam di sekolah-sekolah dikekalkan dan dihidupkan. Bahan berita ini disensasikan, walaupun terpaksa meredah onak duri dan lautan api. Cuba kita fikir sejenak kenapa mereka bersikap sedemikian?

Alangkah baiknya jika kita mempunyai semangat yang kuat seperti mereka. Malangnya, kita hanya hangat-hangat tahi ayam, bila isu telah sejuk, mudah dilupakan. Sedangkan mereka begitu kuat ingatan dan agresif. Malang sungguh jika ada orang Islam yang bersubahat dengan mereka.

Sudah menjadi budaya politik kita, apa yang kurang mahu ditambah. Yang sudah bertambah disenyapkan dan kalau boleh ditambah lebih banyak lagi. Lebih kiasu lagi, mereka mahukan pekeliling tahun 2000 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Kementerian Pelajaran dimansuhkan. Pada mereka, penubuhan persatuan agama-agama tidak perlu melalui Kementerian Pelajaran, cukup sekadar pihak sekolah yang meluluskan. Ultra kiasu sungguh mereka, bersatu hati dalam mempertahankan hak dengan mengambil Rukun Negara sebagai sandaran hujah. Apakah umat Islam tidak dapat melihat muslihat ini?

Selaku Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), penubuhan PIBG pun perlu mengikut prosedur dan kelulusan daripada Kementerian Pelajaran. Sekolah tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kelulusan. Apa jua aktiviti perlu dimaklumkan dan dilaporkan kepada PPD. PIBG tidak boleh bertindak sesuka hati. Apatah lagi pertubuhan seperti yang dibangkitkan ini. Apakah penubuhan persatuan agama-agama perlu dibiarkan begitu sahaja? Apakah justifikasi penubuhan persatuan ini jika bukan ada udang sebalik batu?

Perangkap

Dalam konteks yang lebih besar, keputusan umat Islam untuk tidak menyertai Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme serta membatalkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) adalah satu langkah bijak bagi mengelakkan perangkap. Itupun mereka masih tidak berputus asa, terus-menerus mendesak.

Kita amat bertuah kerana kedudukan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan agama Islam dan umat Islam di tempat yang istimewa. Jika tidak, apakah nasib agama dan bangsa majoriti ini jika hanya bergantung kepada undian.

Cuba senaraikan apa yang bukan Islam belum dapat lagi atau belum puas lagi dari aspek kebebasan keagamaan dan berpersatuan di negara ini? Bilangan rumah ibadat? Hak untuk beribadat? Saiz rumah ibadat? Persatuan bangsa dan agama? Ekonomi serta apa lagi? Boleh dikatakan tidak wujudkan lagi nisbah 1 > 1. Yang saya pasti, hak Islam dan Melayu semakin sedikit dan semakin terhakis, sebab agama Islam hanya ada satu. Begitu umatnya tanpa mengira bangsa, hanya ada satu. Inilah ajaran tauhid, menyembah hanya pada yang satu, Allah Yang Maha Esa. Maka tidak hairan umat Islam tidak banyak kelihatan dalam soal berpersatuan dan berorganisasi sebab matlamatnya sama yakni mencari keredaan Ilahi.

Setiap kali kumpulan ultra kiasu akan membuat perbandingan dengan segala ruang dan peluang dengan mengambil Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai hujah. Kenapa tidak banding dengan minoriti di negara lain seperti China, India, Singapura, Thailand, Filipina hatta negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain? Saya yakin jika dibuat perbandingan, kita akan pasti bertemu dengan jawapannya. Hak dan kebebasan melindungi kaum minoriti di negara ini jauh lebih baik daripada negara lain.

Keunikan

Bila kita tanya terhadap segelintir daripada mereka, setelah perbandingan dibuat, ternyata mereka lebih bernasib baik, kenapa perlu meminta lebih lagi? Maka mereka akan menjawab atau mematahkan hujah kita dengan berkata "Inilah keunikan Malaysia yang perlu ditunjukkan kepada dunia yang tidak terdapat pada negara lain". Jawapan ultra kiasu sebegini yang selalu saya dengar bila berhadapan dengan persatuan dan individu ultra kiasu. Mereka mahukan Malaysia menjadi unik, lain dari yang lain negara yang ada dalam dunia ini. Namun, bila ada sedikit hak mereka yang terhakis, maka mereka akan berhujah ia bertentangan dengan deklarasi hak-hak asasi manusia sedunia.

Amat nyata sekali, kita berhujah macam mana sekalipun, mereka akan carilah apa jua alasan untuk menghalalkan cara. Islam tidak bersifat sedemikian, matlamat tidak menghalalkan. Islam boleh memberi dan menjamin keadilan kepada menoriti, tetapi bukan sama rata dan sama rasa serta perlulah berpada-pada.

Justeru, membanding dengan Islam, untuk mendapat sama rata dan sama rasa adalah tidak wajar sama sekali sebab Islam adalah agama Tauhid. Jika perkiraan seorang sebiji itulah formula keadilan, maka Islam akan terus menjadi minoriti, kalah dan tidak akan mendapat hak yang sepatutnya.

Formula sepatutnya adalah nilai 1 > 6. Satu untuk orang Islam enam lagi dikongsikan di kalangan bukan Islam mengikut pembahagian agama dan bangsa mana yang lebih ramai, seperti susuan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan Konfucianime. Inilah yang dinamakan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Perlu diingat, pelajar-pelajar hanya berada di sekolah 6 hingga 7 jam sehari. Selebihnya 18 jam mereka berada di rumah. Maknanya, hak beribadat lebih lama di rumah daripada di sekolah. Kenapa begitu bersungguh-sungguh hendak diadakan di sekolah? Fikirkanlah. Tak payahlah nak tunjukkan kononnya sayang kepada agama. Buktikan sahaja dengan mengamalkan nilai-nilai moral agama untuk dipraktikkan seperti jangan berzina dan seks bebas.

Kadang-kadang saya terasa pelik, ultra kiasu ini beriaya-iya mahukan hak bertuhan diberikan, sedangkan ajaran tuhan tidak dipatuhi, segelintir pemimpin mereka mempunyai moral yang amat rendah. Saya tidak nafikan orang yang tidak beramal dengan Islam ada juga terlibat.

Kedua, umat Islam adalah indigenous canopy yang menjadi majoriti penduduk di negara ini. Kita sepatutnya lebih memahami mereka, dengan tidak menafikan bahawa umat Islam juga perlu memahami bangsa lain? Tetapi adakah semua ini berlaku? Kita lebih memahami barat dan bangsa sendiri daripada indigenous canopy?

Ketiga, dalam Islam kita ada konsep sembahyang lima kali sehari dan konsep solat jemaah, sedangkan agama mungkin tidak. Bagi bangsa lain, agama mungkin bersifat individu, tetapi Islam lebih dari individu. Kita ada fardu ain dan fardu kifayah.

Saya fikir toleransi kita sudah sampai ke tahap sukar untuk digambarkan sehingga mereka memijak kepala. Sepatutnya mereka menghargai toleransi itu, bukan dengan mengambil kesempatan.

- MINGGUAN MALAYSIA